Tuesday, October 14, 2014

Malim Nawar

Malim nawar... Nama yang agak asing untuk rakyat Malaysia, juga asing bagi orang di negeri Perak sendiri... Pekan kecil yang sangat terpencil dari kemajuan terpencil dari pembangunan terpencil dari segi bantuan terpencil dari segala hal.. Namun malim nawar pada diriku amat bernilai... Ianya umpama permata tiada yang lebih istimewa selain dari melihat ia kekal dan mekar kerana ada nilai ekstetika yang harus dikekalkan di Malim Nawar.. 

     Malim Nawar suatu ketika dulu amat masyur dengan hasil bumi galiannya.. Menjadi salah satu sumber utama negara sebagai pengeluar bijih timah sebelum adanya sumber lain seperti getah, padi, sawit dan lain lain lagi... Bijih timah menjadi titik tolak pembangunan di Malim Nawar.. Selain dari industri bijih timah masyarakat di Malim Nawar menjadikan sumber hidupan air sebagai salah satu punca rezeki mereka, aktiviti menangkap ikan di lombong dan sungai menjadi suatu yang wajib bagi setiap isi rumah di Malim nawar dan ianya bukan sesuatu yang asing.. Selain dari terkenal dengan hasil galian Malim Nawar juga terkenal dengan kawasan industri perikanannya..

Tetapi kini Malim Nawar semakin dihimpit kemajuan semakin kecil jajahan Malim Nawar penduduk pula semakin berkurangan, ramai anak muda yang berhijrah mencari rezeki di negeri orang berikutan tiada peluang pekerjaan yang dapat mereka cari disekitar Malim Nawar.. 

Tetapi itu bukan alasan untuk aku lupakan jasa Malim Nawar.. Slogan atau kata kunci AMN "anak malim nawar" terus menjadi peransang untuk aku terus mengorak langkah memajukan Malim Nawar sungguh pun aku bukan lagi menetap di Malim Nawar tetapi atas rasa tanggungjawab kepada tanah tempat tanam tembuniku aku harus berbakti aku harus membuktikan Malim Nawar masih mampu menjadi masyur seperti 30 tahun yang lalu.. 

Kenangan di malim nawar sedikit pun tidak pernah padam dalam kotak pemikiran aku, kenangan semasa kecilku amat aku rindu, tidak terbanding dengan wang ringgit jika harus aku gadai kenangan itu.. Sangat utuh dan sangat nyata jika diceritakan akan kegembiraan pada saat itu.. Bersambung.. 

No comments:

Post a Comment