Thursday, October 16, 2014

salinan daripada Blog Changkat Mincang

blog changkat mincang ni mungkin daripada salah seorg abang aku... aku pon tak pasti sbb apa yang ditulis dan nama-nama yang disebutkan adalah daripada keturunan 
aku sendiri....
Pertama Kali....

16 Ramadhan 1433 H

Assalammualaikum...Ini adalah catatan pertama aku di dalam blog ini. Ini juga merupakan pengalaman pertama aku buat blog. Entah macam mana aku boleh terfikir untuk buat blog aku pun tidak tahu. Tapi sebelum ini aku adalah pembaca setia blog-blog seperti Tukartiub.blogspot.com dan Milosuam.blogspot.com dan lain-lain. Ada yang berkata, kita boleh meluahkan pendapat kita di dalam blog. Kata-kata ini juga yang kuat mendorong aku membuat blog selain dari ianya percuma.
Aku mengambil nama Changkat Mincang sebagai nama blog aku kerana Changkat Mincang merupakan tempat di mana asal keturunan aku tinggal. Kepada yang tidak tahu, Changkat Mincang terletak di Malim Nawar di dalam daerah Kampar, Perak. Namun kini, Changkat Mincang telah ditinggalkan sepi dan tiada siapa yang tinggal di sini. Cuma ada seorang saudagar kaya bernama Husin yang berusaha mencantikkan Changkat Mincang dan aku akui usahanya amat berbaloi. Namun ianya hanya untuk tatapan ahli keluarga dan orang tertentu sahaja. Kawasan ini telah bertukar menjadi sebuah taman yang amat cantik dan mendamaikan. Sesetengah orang ni Malim Nawar juga tidak mengetahui kewujudan taman ini yang terletak di Changkat Mincang. Hanya 'the real Kampong Boy' sahaja yang tahu. Sebab di sini juga dahulu merupakan 'port' memancing haruan yang terkenal. Haruan bersaiz 2kg hingga 4kg boleh di'ngail' di sini.
Selain itu, Changkat Mincang juga terkenal dengan mitos-mitos dan cerita-cerita mistik. Paling terkenal ialah tentang Ngah Impul. Ngah Impul merupakan seorang alim ulamak yang pernah tinggal di Changkat Mincang. Menurut abah aku, Tok aku merupakan orang yang rapat dengan Ngah Impul. Nama abah aku juga di beri oleh Ngah Impul. Cerita abah aku lagi, Ngah Impul mempunyai kepakaran mengubat orang dan ramai yang datang berubat dengannya dan dia akan dibantu oleh Tok aku iaitu Tok Dollah. Ramai yang beranggapan Ngah Impul mempunyai KERAMAT. Antara cerita yang terkenal mengenai Ngah Impul ialah keupayaanya meminjam peralatan daripada 'orang bunian' di Changkat Mincang. Lokasinya di kawasan Paya Kuning, Changkat Mincang. Siapa yang pernah sampai akan tahu di mana. Ketika itu, orang-orang kampung yang ingin mengadakan kenduri boleh meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga dari orang bunian melalui Ngah Impul. Selain itu, cerita yang popular tentang Ngah Impul adalah tentang duit yang keluar bayak dari poket bajunya setelah diperli oleh seorang cina ketika membeli barang di pekan Kampar. Peniaga cina itu mentertawakan Tok Ngah Impul sambil berkata 'Ngah talak wang mana boleh beli banyak balang' (lebih kurang la kot dialog die). Sambil tersenyum Tok Ngah Impul menyeluk poket seluar (atau baju) dan terkeluar la duit dengan banyaknya. Maka senyaplah peniaga cina tu sambil terkulat-kulat.
Selain itu, kubur Tok Ngah Impul juga pernah menimbulkan cerita. Ini kerana kubur Tok Ngah Impul dikatakan menjadi tempat pemujaan. Kubur ini memang aku akui telah dibina dengan amat cantik. Siapa yang membinanya tidak diketahui namun bahan binaannya adalah terdiri dari bahan-bahan yang mahal seperti mozet dari luar negara (berdasarkan rekaan). Sekali imbas memang ianya akan dilihat amat keterlaluan. Namun sebenarnya tidak ramai yang tahu, tetapi selepas dikeluarkan media barulah kubur ini menjadi perhatian. Sebelum ini orang kampung Malim Nawar sendiri pun tidak tahu kewujudan kubur ini. Akhirnya kubur ini dirobohkan oleh JAIP. Pada aku, ianya sama seperti merobohkan sejarah. Sebab apa, akan aku terangkan kemudian nanti dalam tulisan yang lain.
Cukuplah sampai di sini catatan pertama aku, aku akan sambung cerita tentang Changkat Mincang dalam catatan akan datang...Wassalam


p/s- Tulisan dari keturunan Changkat Mincang

9 comments:

  1. Kat mana makam pak ngah impul.. . Boleh bgtahu tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimalim nawar, perak betsebelahan kg. Malim nawar.perak

      Delete
    2. Kubur nya dimana jalan apa nk menuju disana

      Delete
  2. Boleh saudara bagitau kat mana makam pak ngah impul...

    ReplyDelete
  3. Saya cucu cicit tok ngah impul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum encik Dimana kubur nya tok ngah boleh send gambr tak

      Delete
  4. Tau byk tak cerita ttg ngah empuk

    ReplyDelete
  5. Boleh tunjuk tak dimana kubur nya tok ngah impul

    ReplyDelete
  6. Penah arwah pak mertua citer. Kenal ke Hashim bin Tamin. Tg Rengas.

    ReplyDelete